Program Advokasi


Aktiviti Terkini | Sepanjang Oktober 2016

Masa : 8.30 pagi – 1 tengahari

Aktiviti advokasi telah dijalankan di 5 buah sekolah di sekitar Pusat Internet dengan kerjasama PI1M Tok Randok dan PI1M Kuala Berang melibatkan 354 pelajar. Tujuan program ini dijalankan adalah mempromosikan PI1M kepada pelajar-pelajar serta guru-guru sekolah dari segi perkhidmatan yang disediakan serta caj penggunaan Internet. Selain itu, memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kebaikan penggunaan Internet serta cara menggunakan Internet dengan betul. Tambahan lagi program ini turut memperkenalkan Program Mobile e-Waste yang mana kebanyakkan daripada mereka kurang mendapat pendedahan mengenai e-Waste. Oleh itu, program ini merupakan platform terbaik dalam usaha menyebarkan maklumat tersebut kepada komuniti setempat.

Sekolah yang terlibat adalah seperti berikut:

1. Sekolah Kebangsaan Bukit Diman : 61 orang
2. Sekolah Kebangsaan Tok Randok : 77 orang
3. Sekolah Kebangsaan Ajil : 50 orang
4. Sekolah Kebangsaan Telaga : 118 orang
5. Sekolah Kebangsaan Langgar : 48 orang

Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

• Pengenalan klik dengan bijak
• Pengenalan kepada e-waste
• Promosi pusat interenet kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
• Permainan kotak beracun
• Aktiviti fokus minda
• Kuiz

Gambar Sepanjang Program Berlangsung