PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH

Aktiviti terkini |3 September 2022

Tempat Aktiviti:
PEDi Bukit Diman

Ringkasan Aktiviti :
• Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Hulu Terengganu dan komuniti setempat, telah menyokong usaha-usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dalam mempergiatkan lagi program pengumpulan e-waste bagi membantu masyarakat menguruskan bahan buangan elektrik dan elektronik secara mesra alam.

Tujuan :
• Memberi kesedaran kepada seluruh masyarakat mengenai kepentingan bahan buangan e-waste ini diurus dan dilupuskan kepada syarikat-syarikat yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar
• Memberi penerangan dalam meningkatkan kefahaman tentang e-waste

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Syarikat KT Wan Recycle yang mempunyai lesen pengangkut bahan buangan e-waste daripada Jabatan Alam Sekitar(JAS) turut hadir bagi menyediakan tempat pengumpulan dan pengangkutan untuk dibawa ke kemudahan yang dilesenkan oleh JAS untuk proses kitar semula bahan e-waste tersebut.

Kelebihan Aktiviti :
• Pengunjung dapat meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai pengurusan e-waste yang betul dan selamat.
• Pengunjung akan dibayar dengan sejumlah wang tunai untuk kutipan e-waste bagi menggalakkan mereka menguruskan e-waste secara selamat.

Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :