KEM BIDIK PANAH ANJURAN PEDI KUALA BERANG DAN KELAB MEMANAH TRADISIONAL PANGLIMA HULU

Aktiviti terkini |7 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kuala Berang

Ringkasan Aktiviti :
• PEDi telah bekerjasama dengan pihak kelab memanah tradisional panglima hulu menjalankan aktiviti kem bidik panah.
• Kem bidik panah merupakan aktiviti untuk mengisi masa lapang dan memupuk minat dalam sukan memanah terutama dalam kalangan anak muda.

Tujuan :
• Kem Bidik Panah di PEDi ini diperkenalkan untuk memberi pendedahan kepada golongan muda kini tentang kebaikan dan kelebihan sukan memanah.
• Ahli Pedi dan komuniti boleh mengenali sukan memanah dengan lebih mendalam.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program bermula dengan ucapan aluan dan pengenalan pedi dari pengurus pedi.
• Kemudian pengenalan tentang sukan memanah dari ahli kelab memanah.
• Seterusnya aktiviti sukan memanah dijalankan. Semua peserta boleh merasai sendiri memanah dengan teknik yang betul.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberi pendedahan tentang sukan memanah kepada peserta.
• Memberi peluang kepada peserta untuk meminati aktiviti sukan memanah.
• Mencungkil bakat peserta yang berpotensi dalam sukan memanah.
• Memartabatkan sukan memanah sebagai satu jenis sukan eksklusif.
• Agar hubungan silaturrahim dalam kalangan peserta dan ahli kelab memanah serta staf pedi dapat dieratkan untuk mewujudkan persefahaman yang baik

Nama VIP:


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :