Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Jom Kemaskini BR1M bersama PI1M

30 Disember 2015 | Berita Semasa

Pihak Pi1M Tok Randok telah membuka peluang kepada pengunjung serta orang ramai untuk mengemaskini BR1M bersama Pi1M Tok Randok, Pihak Pi1M turut membantu read more

Klik Dengan Bijak bersama Kanak-kanak

15 November 2015 | Berita Semasa

Sejajar dengan seruan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah cyber, Pihak PI1M Tok Randok telah menjalankan taklimat Klik Dengan Bijak di Tabika Kemas Tok Randok.

Pembangunan Blog

September 2015 | Berita Semasa

Pi1m Tok randok telah menjalankan satu aktiviti iaitu pertandingan blog, peserta diberi tunjuk ajar terebih dahulu sebelum menyertai pertandingan ini. pertandingan ini bertemakan read more

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti