Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KELAS DEMO DAN MEMBUAT ROTI
Aktiviti Terkini | 21 Disember 2019Kelas demo dan membuat roti ini telah diajar oleh Pn.Sharifah Baharudin. Beliau merupakan salah seorang daripada usahawan pusat internet tok randok. Beliau tidak lokek berkongsi ilmu kepada peserta. Aktiviti yang santai ini dapat menarik minat peserta untuk mempelajari ilmu yang baru....baca selanjutnya
KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN
Aktiviti Terkini | 19 November 2019Kursus Latihan Pengendalian Makanan ini telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Pengendali makanan boleh didenda maksimum rm10 00 atau 2 tahun penjara jika disabit kesalahan tiada sijil pengendali makanan. Antara contoh pengendali makanan ialah kilang makanan, pusat jagaan atau tadika, restoran atau kedai makanan, bakeri, kantin sekolah atau asrama, resort atau hotel, proses makanan dari rumah atau online,, catering, penjaja makanan & minuman, warga asing yang menjalankan perniagaan makanan atau terlibat dengan makanan orang awam....baca selanjutnya
KARNIVAL SEBUDI
Aktiviti Terkini | 22 & 23 Oktober 2019Aktiviti yang dijalankan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada peserta untuk menggunakan kemudahan internet dengan bijak & selamat....baca selanjutnya
KARNIVAL PEKAN BUDAYA HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 05 - 07 September 2019Majlis turut dihadiri oleh YB. Dr Mamad Puteh selaku ADUN Kuala Berang dan badan-badan NGO. Beberapa agensi kerajaan dan juga swasta turut terlibat dalam menjayakan karnival ini. Pekan Budaya secara lazimnya diadakan setiap tahun dengan tujuan utama adalah mendekatkan rakyat setempat dengan agensi-agensi kerajaan mahupun swasta yang terdapat di sekitar daerah. Kebanyakkan agensi mempamerkan Gerai-Gerai Pameran Jabatan Kerajaan, Agensi Kerajaan dan juga swasta. Mereka menjalankan pelbagai aktiviti bagi menarik pengunjung untuk datang ke gerai mereka....baca selanjutnya
PROGRAM MERDEKA DAN KOMUNITI PERINGKAT DAERAH HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 28 Ogos 2019- Program Merdeka & Komuniti ini adalah satu program yang diadakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Hulu Terengganu untuk mewujudkan rasa semangat menyambut kemerdekaan di kaangan komuniti dan untuk menggalakkan orang ramai dan pelbagai agensi untuk mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di kenderaan, rumah, bangunan kerajaan dan premis-premis perniagaan sepanjang Bulan Kemerdekaan negara...baca selanjutnya
PROGRAM SUMBANGAN AMAL TABUNG BENCANA MANGSA KEBAKARAN
Aktiviti Terkini | 19 Julai 2019Program ini dapat meringankan beban mangsa kebakaran dan memberikan sokongan moral kepada mereka...baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI
Aktiviti Terkini | 22 Jun 2019Jamuan Hari Raya Aidilfitri diadakan ialah untuk meraikan ahli Pusat Internet Tok Randok disamping dapat mengeratkan lagi hubungan diantara staff dan ahli yang berdaftar....baca selanjutnya
MAJLIS BACAAN YASSIN SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN
Aktiviti Terkini | 10 Mei 2019Majlis Bacaan Yassin sempena Ramadhan ini disertai oleh kumpulan Sahabat Al-Quran Kg Tok Randok. Kumpulan ini aktif menjalankan bacaan Yassin dari rumah ke rumah setiap hujung minggu....baca selanjutnya
KARNIVAL INTAN
Aktiviti Terkini | 20 - 21 April 2019Klik Dengan Bijak adalah sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif berteraskan 3 aspek iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab yang menitikberatkan kawal selia kendiri (self-regulation) dalam membendung masalah penyalahgunaan internet....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI DI SMK TENGKU AMPUAN INTAN
Aktiviti Terkini | 06 Mac 2019Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan yang dihadiri seramai 513 orang pelajar. Mereka didedahkan tentang keselamatan dalam penggunaan internet, keprihatinan terhadap pengguna lain dan cara membanteras jenayah siber yang kini kerap menjadi isu terhangat di media sosial. Pelbagai aktiviti menarik turut sediakan seperti Balang Beracun di mana pelajar perlu mengeluarkan satu soalan dalam balang tersebut dan menjawab soalan tersebut. Jawapan yang betul dikira sebagai pemenang. Majlis ini berlangsung selama dua jam pada sebelah petang dan diakhiri dengan penyampaian hadiah....baca selanjutnya
Education Games Bersama Ahli PI
Aktiviti Terkini | 22 Februari 2019Education Games memberi pendedahan kepada para peserta tentang Online Games dari sudut pembelajaran. Education Games merupakan salah satu cara mendidik para peserta dengan cara yang menyeronokan dan berfaedah....baca selanjutnya
Bengkel TTT Advokasi “Klik Dengan Bijak”
Aktiviti Terkini | 17 & 23 Januari 2019Memberi penerangan dan taklimat modul baru Advokasi Klik dengan bijak kepada petugas pusat internet dan juga tatacara penyampaian modul klik dengan kepada peserta...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya