Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024PROGRAM KEM KEMBARA ICT – AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Aktiviti Terkini | 12 – 15 Disember 2022Bahagian pengurusan program Kem Kembara ICT...baca selanjutnya
PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi)
Aktiviti Terkini | 17 November 2022- Bahagian pengurusan program, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah bekerjasama dengan PEDi untuk mengadakan Program Hari Bersama Komuniti Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di PEDi Kuala Kejir...baca selanjutnya
KLINIK MUDAHNYA HALAL
Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2022Bahagian pengurusan halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bekerjasama dengan PEDi mengadakan klinik mudahnya halal kepada pengendali gerai R & R Ajil LPT2....baca selanjutnya
PROGRAM PENGUMPULAN BAHAN BUANGAN ELEKTRIK DAN ELEKTRONIK (E-WASTE) DARI ISI RUMAH
Aktiviti Terkini | 3 September 2022Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Hulu Terengganu dan komuniti setempat, telah menyokong usaha-usaha Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu dalam mempergiatkan lagi program pengumpulan e-waste bagi membantu masyarakat menguruskan bahan buangan elektrik dan elektronik secara mesra alam....baca selanjutnya
PEDI HULU MERDEKA
Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2022Penganjuran aktiviti-aktiviti sempena bulan Kemerdekaan...baca selanjutnya
KARNIVAL SUKAN AIR DUN TELEMONG 2022
Aktiviti Terkini | 23 Julai 2022Sukan adalah satu bentuk aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan sesame pengunjung. Dengan adanya aktiviti sukan sebegini akan mencetuskan semangat kesukanan dan pertandingan yang sihat dalam kalangan peserta....baca selanjutnya
LIVE FB KEPENTINGAN MEDIA SOSIAL KEPADA USAHAWAN
Aktiviti Terkini | 25 Jun 2022Menerangkan tentang manfaat-manfaat usahawan memilikki media sosial...baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN
Aktiviti Terkini | 17 Mei 2022Bengkel Kemahiran Keibubapaan bersama pihak KEMAS Pekan Ajil dan ibu bapa murid ...baca selanjutnya
MAJLIS IFTAR BERSAMA MEN-KOMM
Aktiviti Terkini | 9 April 2022Majlis berbuka puasa bersama Menteri Kementerian Komunikasi & Multimedia...baca selanjutnya
SESI LIVE TIPS UNTUK MENJADI PENGGUNA MEDIA SOSIAL YANG BIJAK
Aktiviti Terkini | 7 Mac 2022Membincangkan tentang beberapa tips penting untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak...baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN (IMPLIKASI KEHAMILAN REMAJA)
Aktiviti Terkini | 10 Februari 2022Program advokasi kafeteen@PIK 2021-2022 adalah inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat(KPWKM) melalui jaringan kolaborasi strategic antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara(LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia(SKMM)....baca selanjutnya
PROGRAM APLIKASI KAFE TEEN
Aktiviti Terkini | 23 Januari 2022Memperkenalkan aplikasi Kafe Teen kepada peserta...baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya