Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


BENGKEL USAHAWAN BERSAMA PEJABAT DAERAH HULU TERENGGANU

Aktiviti Terkini | 19 Disember 2017

Program Community Based Eco-Tourism (CBE) dianjurkan oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu, dimana memberi peluang kepada usahawan luar Bandar yang menyediakan pakej perlancongan untuk mengusulkan idea-idea meraka dan mengetengahkan pasaran menggunakan platform digital....baca selanjutnya

'CUCUMBER DAY'

Aktiviti Terkini | 23 November 2017

Program ini dijalankan bertujuan untuk mempromosi produk mentimun dan mewujudkan icon pertanian di Hulu Terengganu. PI1M mengambil kesempatan untuk mempromosikan PI1M kepada penduduk sekitar...baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

INTERVIEW PERSONALITY FOR MYCONVERGENCE ISSUE 16

Aktiviti Terkini | 08 & 09 September 2017

Majalah myConvergence issue#16 bersama-sama MCMC HQ & ERO telah mengadakan satu sesi temubual bersama usahawan terpilih di bawah Kluster Pi1M Hulu Terengganu iaitu En Azri bin Mamat (usahawan Jeruk Timun (Gherkin)/Jus Timun) di bawah topik ‘Broadband Inspiring Life’...baca selanjutnya

Hari Terbuka PI1M

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Program ini diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Tok Randok, pelbagai aktiviti dan hadiah yang menarik disediakan keapada pengunjung yang hadir. Terdapat juga pameran daripada Agensi Antidadah kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)...baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 10 Ogos 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

Program Bacaan Yassin

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2017

Program bacaan yassin ini diadakan di balairaya perumahan tok randok yang diketuai oleh Ustaz. Majlis ini dimulai dengan bacaan yassin dan diikuti penyampaian tazkirah, kemudian majlis minum petang....baca selanjutnya

MAJLIS HARI RAYA BERSAMA JKKK TOK RANDOK

Aktiviti Terkini | 30 Jun 2017

Amalan rumah terbuka dapat memberi kepentingan dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat setempat dan dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan dalam komuniti...baca selanjutnya

Program MCMC Care Empowering Peringkat Hulu Terengganu 2017

Aktiviti Terkini | 10 - 12 Mei 2017

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang cara pengunaan internert klik dengan bijak dan mempromosikan perkhidmatan dan aktiviti yang ditawarkan di PI1M...baca selanjutnya

'Public Speaking & High Impact Presentation Training'

Aktiviti Terkini | 24 - 25 April 2017

Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang cara menyampaikan perbentangan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan PI1M kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap PI1M....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 11 - 13 April 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik......baca selanjutnya

PROGRAM ASAS SOLEKAN

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2017

Program ini dapat membantu dan membimbing individu memulakan perniagaan di rumah atau di mana sahaja dan dapat membentuk keyakinan diri dari semasa ke semasa selain dapat membantu individu mempunyai keterampilan serta keyakinan diri yang tinggi....baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN 2.0 'BASIC PHOTOGRAPY'

Aktiviti Terkini | 18 Februari 2017

Kelas Usahawan ini membuka minda dan daya kreativiti usahawan supaya lebih kreatif dan membantu usahawan mempromosikan produk masing-masing serta memberi pendedahan dan teknik-teknik fotografi supaya hasil gambar produk lebih menarik dan cantik...baca selanjutnya

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Aktiviti Terkini | 14 Januari 2017

Pada 14 Januari 2017, Pusat Internet 1Malaysia Tok Randok telah menyertai program "Program Khidmat Masyarakat” bersama komuniti Perumahan Tok Randok . Antara aktivti adalah gotong-royong di Masjid Hadhari Tok Randok, Majlis Perasmian dan tayangan video kluster Menarik di Hulu Terengganu (Tarian Rodat) di Pi1M Tok Randok. Tujuan program ini untuk mengeratkan hubungan sillaturrahim antara komuniti kampung Tok Randok dan mempromosikan keunikkan dan sosio-ekonomi yang terdapat di daerah Hulu Terengganu menerusi terbitan video kluster Menarik di Hulu Terengganu....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti