Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024KURSUS ASAS KOMPUTER
Aktiviti Terkini | 22 Disember 2018Program kursus asas komputer bersama komuniti MPKK Kuala Berang dicetuskan selepas staf Pusat Internet diberikan pendedahan pada bengkel TTT. Program ini memberikan pendedahan cara-cara penggunaan Microsoft Office khusus kepada pihak MPKK dalam menyediakan laporan mereka. Pemantauan oleh pihak i-MiTS selaku penganjur program melancarkan lagi aktiviti pada hari tersebut....baca selanjutnya
HARI BERSAMA KOMUNITI
Aktiviti Terkini | 17 November 2018Hari Bersama Komuniti Pusat Internet RAKR Tok Randok yang disertai kebanyakan ahli PI yang berdaftar dan ibu bapa....baca selanjutnya
BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018
Aktiviti Terkini | 25 - 26 Oktober 2018Kursus ini melibatkan 56 Pusat Internet Wilayah Timur. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya
PROGRAM KOMUNITI & ROADSHOW VIVO Y53 + FREE SIMPACK DIGI
Aktiviti Terkini | 13 Oktober 2018Program Roadshow ini bertujuan menjual phone vivo melalui promosi harga rendah & percuma pakej internet yang berbaloi selain melakukan pelbagai aktiviti/program sekeluarga dapat mengeratkan hubungan antara penduduk/komuniti...baca selanjutnya
PROMOSI PRODUK VIVO Y53 KEPADA PENGUNJUNG DI PASAR TANI KUALA BERANG
Aktiviti Terkini | 29 September 2018Aktiviti ini bertujuan untuk mempromosikan produk Vivo Y53 kepada pengunjung di Pasar Tani Kuala Berang dan membantu orang ramai mendapatkan telefon dengan pakej yang cukup menarik dan murah...baca selanjutnya
PROGRAM MEWARNA BULAN KEMERDEKAAN
Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018Program ini dijalankan bagi menanam dan meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan kanak-kanak tabika dan mempromosi perkhidmatan serta aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI secara umumnya....baca selanjutnya
KLINIK MY E-HALAL JAHEAT
Aktiviti Terkini | 17 Julai 2018Program Klinik My e-Halal ini dianjurkan oleh JaHEAT Terengganu yang diadakan di Pusat Internet Tok Randok. Program ini dilaksanakan menerusi penerangan slide powerpoint dan seterusnya peserta secara hands-on menggunakan komputer untuk permohonan online sijil Halal Malaysia....baca selanjutnya
D.I.Y SAMPUL DUIT RAYA
Aktiviti Terkini | 10 Jun 2018Projek D.I.Y sampul raya ini adalah menggunakan barang-barang kitar semula untuk dijadikan sampul duit raya. Peserta yang menyertai projek ini adalah ahli pusat internet....baca selanjutnya
PROGRAM INSPIRASI RAMADHAN YAPEIM
Aktiviti Terkini | 04 Jun 2018Program Inspirasi Ramadhan ini dianjurkan oleh YaPEIM Terengganu yang diadakan di Masjid Hadhari Perumahan Tok Randok. Program ini adalah untuk meraikan anak-anak yatim & miskin di negeri Terengganu....baca selanjutnya
VIDEO KLUSTER - USAHAWAN BARANGAN VANTAGE
Aktiviti Terkini | 07 Mei 2018Aktiviti ini adalah untuk menjalankan pengambaran video usahawan yang menjalankan perniagaan barangan vantage di rumah usahawan Padang Setengge, Kuala Berang...baca selanjutnya
VIDEO KLUSTER - LANDAK
Aktiviti Terkini | 05 Mei 2018Aktiviti ini adalah untuk merakam dan menemuramah usahawan tentang hidupan landak, cara hidup, cara penjagaaan, harga landak di pasaran, cabaran bisnes landak dan harapan usahawan di masa hadapan....baca selanjutnya
JELAJAH SEBENARNYA.MY - FORUM BICARA PERDANA BERITA PALSU MUSUH NEGARA
Aktiviti Terkini | 13 April 2018Program ini bertujuan mendekati komuniti tempatan dengan tujuan mendidik masyarakat tentang kepentingan dalam memilih berita dan mengesahkan kandungan maklumat sebelum berkongsi....baca selanjutnya
MALAM SEJATI MELAYU BERSAMA DENDANG ANAK
Aktiviti Terkini | 16 Mac 2018Program bersama komuniti yang mellibatkan aktiviti dan seni persembahan kebudayaan. Kumpulan Dendang Anak mempersembahkan seni budaya “Tradisional Masyarakat Melayu” yang terletak di perkampungan Jenagor Kuala Berang. Kluster Hulu Terengganu turut diundang untuk menjalakan rakaman video persembahan Dendang Anak....baca selanjutnya
PROGRAM ADVOKASI SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GAZBIYYA SPA
Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018Majlis Perasmian Gazbiyya Spa adalah untuk memperkenalkan produk usahawan di daerah Hulu Terengganu. Pemilik Gazbiyya Spa juga merupakan salah sorang ahli Pi1M dan terlibat dalam pembikinan video kluster Hulu Terengganu.Disamping itu,pihak Pi1M juga membuka booth untuk memyampaikan maklumat kepada pengunjung mengenai penggunaan internet secara berhemah...baca selanjutnya
MINI KARNIVAL USAHAWAN DESA PI1M HULU TERENGGANU
Aktiviti Terkini | 27 Januari 2018Seramai 32 usahawan mengikuti program ini, program yang dijalankan adalah membuka booth jualan oleh usahawan PI1M Daerah Hulu Terengganu, selain itu juga terdapat program prtandingan mewarna kanak-kanak dan juga fashion show oleh bridal tempatan....baca selanjutnya