Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


PEDi SCHOOL BREAK

Aktiviti Terkini | 17 - 28 Disember 2023

Meluangkan masa lapang peserta dengan aktiviti-aktiviti bermanfaat di PEDi...baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK & S.A.F.E INTERNET

Aktiviti Terkini | 14 November 2023

Taklimat pengenalan PEDI ...baca selanjutnya

BENGKEL CECAIR SABUN PENCUCI PAKAIAN & PEWANGI BILIK & KERETA

Aktiviti Terkini | 20 Oktober 2023

Taklimat pengenalan PEDI ...baca selanjutnya

TIKTOK MEMIKAT, JUALAN MENINGKAT

Aktiviti Terkini | 27 September 2023

Taklimat pengenalan PEDI / asas perniagaan secara digital...baca selanjutnya

TAKLIMAT KEUSAHAWANAN: DIGITALISASI PERNIAGAAN DENGAN SATU KLIK

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Taklimat pengenalan PEDI / asas perniagaan secara digital...baca selanjutnya

KELAS USAHAWAN SHOPEE & TIK TOK

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2023

Kelas pendedahan ilmu tentang Shopee & TikTok...baca selanjutnya

PROGRAM JELAJAH CYBERTALK (ANTISCAM)

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2023

Aktiviti yang santai dapat menarik minat dan perhatian peserta untuk bersama dari awal program hingga ke akhir program...baca selanjutnya

MARI TADABBUR AL-QURAN

Aktiviti Terkini | 21 Mei 2023

Menambahkan ilmu pengetahuan dalam menguasai pemahaman al-Quran...baca selanjutnya

PROGRAM LATIHAN KESELAMATAN KEBAKARAN

Aktiviti Terkini | 7 April 2023

Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang cara bagaimana mahu mengendalikan situasi saat berhadapan dengan kebakaran...baca selanjutnya

BENGKEL SABUN PENCUCI PINGGAN HOMEMADE

Aktiviti Terkini | 10 Mac 2023

Membantu usahawan meluaskan pasaran produk ...baca selanjutnya

SUKAN RAKYAT & MEMANAH

Aktiviti Terkini | 11 Februari 2023

PEDi telah bekerjasama dengan pihak JPKK Taman Hadhari Tok Randok, JPKK Kg Tok Randok dan JPKK Kg Bukit Kolam mengadakan aktiviti sukan rakyat & memanah...baca selanjutnya

KEM BIDIK PANAH ANJURAN PEDI KUALA BERANG DAN KELAB MEMANAH TRADISIONAL PANGLIMA HULU

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2023

PEDi telah bekerjasama dengan pihak kelab memanah tradisional panglima hulu menjalankan aktiviti kem bidik panah....baca selanjutnya

MOBILE TEAM KWSP BERSAMA PELANGGAN DI PEDI TOK RANDOK

Aktiviti Terkini | 5 Januari 2023

PEDi telah bekerjasama dengan pihak mobile team KWSP dengan mengadakan program bersama pelanggan....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti