Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Asal usul nama “Tok Randok” ini adalah sempena dengan kecekalan datok-datok (gelaran untuk orang-orang tua) yang terpaksa merandok (meredah) paya dan parit kerana sebahagian daripada kawasan disini keadaan tanahnya yang berair dan berpaya.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023 | TAHUN 2024


Program Sepakat Komuniti 1 Malaysia

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2016

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk menarik minat penduduk setempat untuk menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pi1M... baca selanjutnya

Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus PI1M.

Program Advokasi & E-Waste

Aktiviti Terkini | 15 November 2016

Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan kesedaran mengenai Mobile e-Waste telah diadakan di Sekolah Menengah Imtiaz, Setiu bermula jam 9.00 pagi hingga 1 tengahari... baca selanjutnya

Program Advokasi

Aktiviti Terkini | Oktober 2016

Program Advokasi Klik Dengan Bijak dan kesedaran mengenai Mobile e-Waste telah dijalankan disekitar sekolah berhampiran dengan Pusat Internet... baca selanjutnya

HARI SUKAN NEGARA

8 Oktober 2016 | Aktiviti Semasa

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sempena sambutan Hari Sukan Negara pihak JKKK Perumahan Tok Randok, Sekolah Kebangsaan Tok Randok dan Pi1M telah mengadakan acara jalan kaki 10,000 langkah di kawasan Perumahan Tok Randok... baca selanjutnya

PROGRAM BENGKEL SKRIP KE SKRIN

6-7 September 2016 | Aktiviti Semasa

Program Skrip Ke Skrin adalah anjuran Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan (UMK) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC). Program ini berlangsung selama 2 hari disertai oleh staff Pusat Internet 1 Malaysia yang terpilih daripada Negeri Terengganu, Kelantan dan Pahang... baca selanjutnya

MELUKIS MURAL KANVAS SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

27 Ogos 2016 | Aktiviti Semasa

Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok telah mengadakan pertandingan Melukis Mural Kanvas sempena bulan kemerdekaan. Tujuan program ini adalah untuk menanam sikap rasa sayang dan cinta kepada negara serta menanam rasa bangga dan menghormati Jalur Gemilang sebagai lambang kedaulatan negara... baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M & JAMUAN HARI RAYA

30 Julai 2016 | Aktiviti Semasa

30 Julai 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok telah mengadakan Majlis Hari Terbuka dan Jamuan Hari Raya bersama komuniti setempat. Tujuan program ini adalah untuk menarik minat penduduk setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M... baca selanjutnya

AKTIVITI TEKA SILANG KATA BERSAMA AHLI PI1M

27 Mei 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 27 Mei 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok telah mengadakan aktiviti teka silang kata bersama ahli Pi1M bertempat di Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok... baca selanjutnya

Melukis & Mewarna Applikasi Paint

30 April 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 30 April 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok telah mengadakan pertandingan melukis & mewarna menggunakan Applikasi Paint... baca selanjutnya

Program Bersama Politeknik Hulu Terengganu

19 Mac 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 19 Mac 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok telah menyertai program " Q'Ber Food Fest " yang dianjurkan oleh Pihak Politeknik Kuala Berang, Hulu Terengganu... baca selanjutnya

Majlis Bacaan Yassin

26 Februari 2016 | Aktiviti Semasa

Pada 26 Febuari 2016, Pusat Internet 1 Malaysia Tok Randok telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin Bersama Komuniti Wanita Tok Randok... baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti